Cinta Sebenar

Assalamualaikum w.r.b.t


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat berpuasa kepada muslimin muslimat di seluruh dunia :)
Alhamdulillah dah 11 hari kita berpuasa :) semoga kita mendapat keberkatan dan bukanlah setakat mendapat lapar dan dahaga sahaja.


Sungguh aku tertarik.


Sungguh aku telah jatuh cinta.


Jatuh cinta dengan watak Irfan Hakimi :)


Apabila Asid jatuh hati dengan Sara Nasuha dan minta pendapat Irfan tentang cinta : "betulkah aku ini bercinta. Cinta ini macam mana? Ada orang kata haram,ada orang kata tak boleh. Semua orang yang baik-baik,kalau cerita fasal cinta,semua cerita cinta selepas kahwin. Lebih halal,lebih bagus. Tapi kalau dah terjatuh cinta sebelum kahwin,nak buat macam mana?"


dan jawab Irfan cukup pendek pada asalnya "cinta itu mestilah diiringi pengorbanan.Tanpa pengorbanan,itu bukan cinta yang sebenar."


dan dan yang lebih menariknya apabila Irfan akan bertunang dan Asid tertanya-tanya bila masa pulak dak Irfan nie bercinta dan masa bila pulak dia pergi melamar/meminang?


Apabila Asid tanya adakah Irfan bercinta sebelum kahwin dan jawapannya Irfan hanya mengangguk dan bagitau "But no date,no chit-chat,no facebooking,no call,no sms,nothing but letters from my future-in-laws."
Subhanallah. sungguh menarik bukan. adakah wujud Irfan lain di dunia luar sana?


Kata beliau lagi "Cinta....siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? kalau dah jatuh cinta,jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa,ternampak atau sekadar mendengar cerita, Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi cinta itu hendaklah atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta."


sambung lagi "Sebab itu aku kata cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah,harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa,harta diri kita untuk tarbiyah diri kita agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah."


dan banyak lagi kalau nak tulis. tapi cukuplah tu nak gambarkan betapa menariknya watak Irfan ini. sungguh,hati tertanya-tanya,masih wujudkah lelaki seperti ini? Allahualam. Teringat pulak nasihat Sir Faris : Be sure that NICE really means NICE :)


p/s:aku tahu hati teman-temanku yang gundah gulana saat ini. Sabarlah ye..


Comments

Popular posts from this blog

tak mudah serta payah

Indescribable feeling