Posts

Showing posts from July, 2015

Terawih

Kalau diikutkan hati mahu terawih di rumah saja Kenapa? sebab selalu ada masalah hati bila ke masjid. hati selalu bengang dengan makcik makcik di masjid yang susah betul mahu merapatkan saff, bila disuruh rapatkan saff macam-macam alasan diberi. sakit lutut lah. dah cukup rapat lah sedangkan jelas ada jarak yang memisahkan. aku perhatikan makcik-makcik ini juga mempunyai sindrom sayangkan sejadah. susah untuk mereka bergerak memenuhi saff kosong dihadapan kerana tidak mahu tinggalkan sejadah mereka. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas membahang, kebanyakan makcik-makcik ini lebih suka untuk awal-awal lagi berada di bawah kipas dan menyuruh orang lain untuk merapatkan saff. Allah, sabar saja sebab aku ini orang muda. berkata lebih-lebih sat lagi dicop kurang ajar. nanti ditanya lagi anak siapa ini. nama baik orang tua aku juga perlu dijaga. Setiap kali ke terawih itulah masalah utama yang aku sendiri pun tidak tahu cara merawatnya. beza benar sewaktu terawih sesama pel

Alhamdulillah 'alaa kuli haal الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

6:22 AM, 3 July 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Pejam celik pejam celik dah masuk 16 hari di bulan yang penuh mulia ini. Pejam celik pejam celik dah seminggu di Malaysia. *masa jangan cepat sangat plis* Hari ini Jumaat pertama di Malaysia setelah sekian lama. Dah lama rasanya tapi baru hari ini rasa nak menulis tentang betapa amazed-nya aku dengan perjalanan hidup ataupun qada’ qadar yang telah Allah tetapkan untukku ini. Lebih kepada membuatkan aku lebih banyak berfikir dan berterima kasih padaMu ya Allah, yes actually. Pengalaman lepas buat aku sedar yang kita manusia hanya merancang tetapi Allah juga merancang dan perancangan Allah itu Maha hebat. So, to make a story short and sweet. Disaat hidup terumbang ambing dan dalam usia yang masih mentah, 18 tahun hidup di dunia ini bukan lah umur yang cukup panjang atau dewasa bagiku dalam membuat keputusan. Di saat umur sebanyak itu, aku terpaksa membuat macam macam