Terawih
Kalau diikutkan hati mahu terawih di rumah saja
Kenapa?
sebab selalu ada masalah hati bila ke masjid.
hati selalu bengang dengan makcik makcik di masjid yang susah betul mahu merapatkan saff, bila disuruh rapatkan saff macam-macam alasan diberi. sakit lutut lah. dah cukup rapat lah sedangkan jelas ada jarak yang memisahkan.
aku perhatikan makcik-makcik ini juga mempunyai sindrom sayangkan sejadah. susah untuk mereka bergerak memenuhi saff kosong dihadapan kerana tidak mahu tinggalkan sejadah mereka.
Ditambah lagi dengan cuaca yang panas membahang, kebanyakan makcik-makcik ini lebih suka untuk awal-awal lagi berada di bawah kipas dan menyuruh orang lain untuk merapatkan saff.
Allah, sabar saja sebab aku ini orang muda. berkata lebih-lebih sat lagi dicop kurang ajar. nanti ditanya lagi anak siapa ini. nama baik orang tua aku juga perlu dijaga.
Setiap kali ke terawih itulah masalah utama yang aku sendiri pun tidak tahu cara merawatnya.
beza benar sewaktu terawih sesama pelajar sendiri di India.
Rapatnya saff tahiyyat akhir pun susah untuk duduk.
haiilaa makcik makcik.
Tapi aku gagahi jua ke masjid. biarkan makcik makcik itu, niatku hanya satu, ingin menunaikan solat terawih yang hanya ada di bulan ramadhan ini.
terbayang pula tahun depan, mungkin aku tak berpeluang lagi berterawih di sini, mungkin full terawih di India.
atau mungkin tahun depan aku sudah tidak berjodoh dengan Ramadhan.
Siapa tahu?
Kenapa?
sebab selalu ada masalah hati bila ke masjid.
hati selalu bengang dengan makcik makcik di masjid yang susah betul mahu merapatkan saff, bila disuruh rapatkan saff macam-macam alasan diberi. sakit lutut lah. dah cukup rapat lah sedangkan jelas ada jarak yang memisahkan.
aku perhatikan makcik-makcik ini juga mempunyai sindrom sayangkan sejadah. susah untuk mereka bergerak memenuhi saff kosong dihadapan kerana tidak mahu tinggalkan sejadah mereka.
Ditambah lagi dengan cuaca yang panas membahang, kebanyakan makcik-makcik ini lebih suka untuk awal-awal lagi berada di bawah kipas dan menyuruh orang lain untuk merapatkan saff.
Setiap kali ke terawih itulah masalah utama yang aku sendiri pun tidak tahu cara merawatnya.
beza benar sewaktu terawih sesama pelajar sendiri di India.
Rapatnya saff tahiyyat akhir pun susah untuk duduk.
haiilaa makcik makcik.
Tapi aku gagahi jua ke masjid. biarkan makcik makcik itu, niatku hanya satu, ingin menunaikan solat terawih yang hanya ada di bulan ramadhan ini.
terbayang pula tahun depan, mungkin aku tak berpeluang lagi berterawih di sini, mungkin full terawih di India.
atau mungkin tahun depan aku sudah tidak berjodoh dengan Ramadhan.
Siapa tahu?
Comments
Post a Comment