Alhamdulillah 'alaa kuli haal الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

6:22 AM, 3 July 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah masuk 16 hari di bulan yang penuh mulia ini.
Pejam celik pejam celik dah seminggu di Malaysia. *masa jangan cepat sangat plis*
Hari ini Jumaat pertama di Malaysia setelah sekian lama.

Dah lama rasanya tapi baru hari ini rasa nak menulis tentang betapa amazed-nya aku dengan perjalanan hidup ataupun qada’ qadar yang telah Allah tetapkan untukku ini.
Lebih kepada membuatkan aku lebih banyak berfikir dan berterima kasih padaMu ya Allah, yes actually.

Pengalaman lepas buat aku sedar yang kita manusia hanya merancang tetapi Allah juga merancang dan perancangan Allah itu Maha hebat.

So, to make a story short and sweet.

Disaat hidup terumbang ambing dan dalam usia yang masih mentah, 18 tahun hidup di dunia ini bukan lah umur yang cukup panjang atau dewasa bagiku dalam membuat keputusan. Di saat umur sebanyak itu, aku terpaksa membuat macam macam keputusan dalam hidupku yang akan menentukan masa depan ku. Salah memilih, besar akibatnya. Ternyata kita manusia, kita tidak tahu apakah jalan yang kita pilih itu jalan yang benar ataupun salah selagi kita tidak menjalaninya sendiri.

Dijadikan cerita, aku memilih untuk masuk ke university awam dan dalam perancangan ingin mengambil kursus perubatan. Namun, tahu-tahu sajalah persaingan yang super hebat waktu itu, ramai lagi yang lebih hebat dan pandai yang menjadi pilihan pihak unversiti untuk mengambil kursus itu. Jadi, aku secara tidak langsung menjadi tidak layak untuk kursus perubatan mendapat kursus yang berasaskan kesihatan juga namun hatiku tidak disitu. Bayangkan cita-cita dari kecil sememangnya ingin menjadi seorang doktor. Awal-awal lagi berangan letak ‘Dr’ di pangkal nama di mana-mana buku nota yang ada. Bila kecewa dengan tidak mendapat apa yang dihajati dan terpaksa padam ‘Dr’ dari pangkal nama itu dan terpaksa mempunyai perancangan baru, Allah saja yang tahu hatiku diwaktu itu.

Tiba-tiba rezeki Allah datang lagi. Aku mendapat tawaran biasiswa untuk belajar kursus perubatan di sebuah ipts. Sekali lagi aku harus buat keputusan. Dan aku pilih jalan itu kerana hatiku kuat mengatakan mungkin ini jalan untukku. Mungkin aku ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor. Mungkin. Siapa tahu.

Setahun aku di ipts itu menjalani kursus asasi in medical science. Hendak dijadikan cerita ipts ini ada membuat twinning programme bersama sebuah university di Ireland. Allah, itu juga cita-citaku dari dulu untuk belajar di overseas. Apa lagi, mari cuba nasib! Untuk ke Ireland ataupun mana-mana tempat di luar Negara, para pelajar memerlukan IELTS (sejenis MUET). Aku melayakkan diri untuk melepasi interview ke sana, hanya tinggal pointer yang bagus, markah IELTS yang bagus dan kebenaran dan kesanggupan pihak penaja untuk menaja ke sana(penaja sebenarnya hanya menaja untuk dalam Negara bukan luar Negara). Dengan izin Allah, semuanya aku lepas. Sudah cukup syarat-syaratnya (walaupuan terpaksa ambil IELTS dua kali dan sekali test IELTS berharga rm610. Bayangkan pengorbanan aku huhuhu). Semuanya sudah cukup syarat dan hanya perlukan penaja untuk menaja ke luar Negara sahaja. Namun, akhirnya pihak penaja berkeras menyatakan mereka tidak lagi menghantar student ke Ireland kerana kosnya yang tinggi.

Hati dan perasaan Allah saja yang tahu. Betapa kecewa betapa sedihnya aku bila tiba-tiba dapat tahu ada antara kami yang lepas untuk ke sana. Hanya seorang. Lama juga ambil masa pujuk hati sendiri untuk terima yang mungkin untuk rezeki dia, rezeki aku di tempat lain mungkin. Waktu-waktu ini hati sering kali dihasut syaitan “kan bagus kalau aku kaya..senang nak belajar tak yah harap duit biasiswa”. Waktu waktu fragile begini kena kuatkan hati dekatkan diri dengan Allah dan percaya segala perancangan Allah itu lebih baik.

Plan A cancel. Plan B diteruskan.

Plan B ialah teruskan pembelajaran sepertimana perjanjian asal dengan pihak penaja. Study dalam negara, jumlah hutang sikit, belajar sampai habis, grad, bayar hutang.

Dijadikan cerita. Siapa sangka Plan B juga tidak berjalan dengan lancar.

Di tahun pertama semester kedua, tiba-tiba pihak university mula ada masalah besar. Isu duit. Menjadi isu yang besar kerana kami ialah ipts. Masalah menjadi makin hebat dan runcing apabila staf dan lecturer semuanya tidak dibayar gaji dan mereka mula berpindah ke tempat lain. Pernah sekali test kami di tunda kerana masalah tidak cukup kertas. Allahu! Perasaan waktu itu tidak dapat digambarkan. Macam-macam dipikirkan. Aku nak jadi doctor, tapi macam mana nak jadi doctor yang bagus kalau kualiti belajar sebegini rupa. Ramai kawan-kawan yang mula mencari tempat di university lain. Tapi disebabkan waktu itu sudah banyak permohonan kemasukan ke university lain ditutup dan kami terikat dengan kontrak dengan pihak biasiswa yang mungkin kami terpaksa kami bayar balik setahun yang kami bazirkan itu, aku jadi hilang arah. Stress fikir masalah sampai demam teruk. Kerja menangis je bila parents tanya sebab aku betul-betul buntu waktu itu. Rasa macam salah ke tindakan aku keluar dari university awam tu. Mungkin bukan rezeki aku untuk jadi doctor? Tapi Ya Allah, aku tak nampak hati aku dan minat aku di bidang lain.

Puas meratap puas usaha setakat mampu puas menangisi nasib tiba-tiba rezeki Allah datang lagi. Tiba-tiba pihak penaja menawarkan kami untuk interview sebuah university awam yang berkolaborasi dengan sebuah university di India. Alhamdulillah rezeki kami di situ. Di India.

India.

9 bulan di India. Setiap hari setiap kali naik ‘auto’ kami sesama sendiri mesti cakap “aku still tak percaya aku kat India”   why? Sebab India ni la negara paling yang aku (bukan aku sorang,mostly rata-rata tak pernah niat nak datang belajar kat India) tak mau jejak (bongkak lagi haaaaa) dulu masa pilih tempat untuk ke luar negara India la paling tak pandang. Tapi siapa sangka, rezeki di sini.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

India banyak mengajar. India mengajar sabar. India mengajar erti bersyukur. India ajar erti menolong orang yang memerlukan. India mengajar erti apa itu sihat. India mengajar erti menjaga kebersihan. 

Macam macam lagi. Indeed it is Incredible India. Hahaaa

*karangan nak masuk 1000 words dah ni haahaha apecer*

Okaylah cerita panjang-panjang ni bukan apa just want to emphasize here that we have to always remember yang kita sebagai manusia sememangnya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita kena ingat if plan A doesn’t work, proceed with plan B. if plan B do the same, then plan C should come out.  Don’t forget we have A to Z. heheee. And everything is biiznillah. Ujian ujian yang datang dalam hidup tak lain dan tak bukan hanya untuk bagi kita dua pilihan, patah atau kuat? We chose.

InsyaAllah.

See you next time my dear.


Assalamualaikum J

Comments

Popular posts from this blog

tak mudah serta payah

Indescribable feeling