My Paeds Journey

Assalamualaikum w.b.t

Allahu! pejam celik pejam celik. dah masuk tahun ketiga kat India. dah masuk Clinical years dah pun, dah masuk phase II hahahaa and dah masuk 6 minggu posting Paeds (total : 8 minggu). cepatnya masa berlalu. hahahaa padahal diri sendiri terlupa yg ada blog yg dah lama tak terupdate ni. yelah zaman sekarang mana ada dak-dak tulis blog dah. semuanya snapchat lah instagram je #iknowimgettingold

Lagi 2 minggu posting Paeds ni akan berakhir dan jujur aku mengakui dah start ada feeling sedih nak tinggal kan department ni. Mula-mula rasa susah. Biasalah budak-budak yang sakit tapi nak clerk nya mak or ayah budak. ada certain soalan tak boleh ditanya pada parents ( contohnya : palpitation? types of pain? scale of pain? etc ) dah la ditambah pulak bahasa Hindi yang tunggang-langgang. Kannada Marathi toksah tanya laa lagi hancur lebur. bukak buku bahasa pun patient still tak paham. kalau pun mereka faham, jawapan kepada soalan tu kami pulak tak paham. Akhirnya, dua-dua garu kepala. Dah macam ayam itik hahaha.

Tapi makin lama, makin menyesuaikan diri. makin faham budak-budak ni cemana. rasa sayang dan jatuh cinta pulak pada posting Paeds ni. One big difference we can see in Paeds ward compare to other wards (adult) is the happy ward. Dalam ward Paeds ni, aku perasan walaupun seteruk mana pun penyakit yg budak tu ada ( you name it - VSD,PDA,TOF etc) semuanya ceria. bagaikan tiada sakit walau sikit pun. semuanya boleh bergelak ketawa dan gembira apabila disua kan chocolates kepada mereka. And of course still ada yg sakit menangis tak boleh bangun semua tu. but most of them, semuanya berlari ke sana sini kacau orang semua haha macam sikit pun tak sakit. The lively surrounding compare to ward dewasa dimana yg sakit semuanya terpancar di riak wajah dan even ada yang mengeluh kesakitan (tak semua jugak). I realized that banyak benda sebenarnya yang kita boleh belajar dari kanak-kanak ni. Dan aku mengaku tak semuanya best pasal kanak-kanak ni hahaha tetap ada nightmares nya. Ada je jenis yang suka menangis taknak cooperate semua haha biasalah kids being kids kan?

Semoga lagi 2 minggu nak habis posting ni (dan nak long case #imdead), aku dapat belajar banyak lagi dari budak-budak ni. Dan haruslah buat persiapan mental nak menghadap patient-patient dewasa untuk next posting pulak.

Adios. Till we meet again.

Comments

Popular posts from this blog

My Medicines Journey #day1

Terawih

2017 new resolutions